Rabu, 18 November 2009

TINGKATKAN PRESTASI 2010





Mesyuarat diadakan bagi membincangkan tentang peningkatan pencapaian 2010. penggembelingan tenaga antara guru-guru dan PIBG ternyata mampu membuahkan PERMATA pintar lagi di tahun 2010.

anyamlah usaha ukirlah kerajinan cambahkan tekun timbunkan sabar dalam mencipta corak-corak kejayaan.

LOKASI


Ternyata awan yang nampak nipis dan biru membiru itu memberikan seribu semangat kepada pelajar untuk meneruskan pengajian mereka dengan lebih konsistan. Di sini bermulanya permata pintar negara.

PANORAMA MEMBANTU PEMBELAJARAN




Cantik dan menawan. segar mata memandang. pokok-pokok menghijau menghampar tekad pelajar berjuang menjulang sekolah ke persada negara dan global.

ORANG KUAT PIBG


Haji Nasir, bekas Pegawai Waran 1 Artileri. Merupakan tiang seri PIBG SKTM 2. dokongan tuan haji bersama AJK PIBG lain, ternyata mampu melonjakkan imej SKTM 2

IBU BAPA YANG HADIR


Sebahagian daripada ibu bapa yang hadir pada majlis penyampain hadiah SKTM 2.

Penyertaan ibu bapa pada program sekolah bermakna mereka sayangkan sekolah tempat anak-anak mereka belajar

ORANG KUAT SKTM2


Penolong Kanan Pentadbiran Haji Shaari

TOKOH MURID 2009


Tokoh murid 2009: Zainul Afif Zainal Abidin dan Nur Najihah Mohd Asri.

Penobatan ini tanda kehebatan mereka di dalam segala lapangan.

BINTANG PERMATA NEGARA


Dari ribuan murid sekolah rendah seluruh jajahan Tanah Merah, murid SK Tanah Merah 2 berjaya dipilih untuk mengikuti program PERMATA pintar anjuran UKM dengan kerjasama Universiti luar negara. Tahniah buat Aida Maisarah Mohd Azman.

"Akan lahir ramai lagi pemata pintar dari SK Tanah Merah 2, insyaAllah," itu yang diungkapkan Guru Besar Mohd Rudin Mohamad.

Selasa, 17 November 2009

BINTANG MEMANAH


Banyak kejayaan ditempah Nuur Syafikah Shamsuddin dalam kejohanan memanah MSSM, sir kit remaja sehingga menjadi kebanggaan salah seorang Wakil Rakyat dai Labuan.

"Saya bangga anak didik SKTM 2 menjadi bintang dalam sukan tersebut," kata GB Mohd Rudin Mohamad.


Selasa, 14 Juli 2009

MAKAN BUAH-BUAHAN


Orang kuat Sri Suria 1 pun hadir sama.

MAKAN DURIAN


makan boss. durian kunyit tu!

BAKAL PENCABAR PASUKAN TARIAN


Pasukan tarian SKTM2 bakal mencabar pasukan tarian PPD lain. tahniah! baru pertama kali memasukki pertandingan peringkat negeri Kelantan, sudah mampu meraih tempat. biarpun meraih sagu hati namun imej sekolah terus melonjak. tahniah! lanjutan bimbingan akan jadikan pasukan tersebut sebutan sepanjang zaman.

LAGI PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN



makanlah buah-buahan tempatan

PESTA MAKAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN



bukan sekadar makan, tetapi melatih murid-murid menghargai kurniaan Allah selain mengajak murid-murid mengenali buah-buahan tempatan yang enak dimakan. alangkah baik kiranya diperkenalkan buah-buahan tradisi seperti cenerai, kerian, jejarum, terajan kepada murid-murid alaf 21 ini. mereka patut ketahui kenapa buah-bauh tersebut boleh dimakan.

SEKITAR SUKAN





SUKAN TAHUNAN MAMPU CUNGKIL BAKAT,OTAK CERGAS


Bersukanlah untuk kesihatan dan kecerdasan. bersukanlah demi menggilap bakat yang ada. sukan, jelapang yang berikan keistimewaan kepada individu.

Minggu, 10 Mei 2009

selamat bersara Cikgu Mi
















Pisang emas di bawa belayar
masa sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati.


yang tertinggal hanyalah budi dan jasa. semuanya akan dibalas dengan doa yang berpanjangan. semoga sihat selalu

Jumat, 08 Mei 2009

Cakna ibubapa kemajuan pendidikan



TANAH MERAH: Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah, (PPD) memainkan perana penting dalam menjana kemajuan pendidikan anak-anak.

Pegawai Khas PPD Tanah Merah, Haji Mohd Shapri Hussin berkata, masa anak-anak di rumah lebih panjang berbanding di sekolah.

Oleh itu perana ibu bapa menetukan hala tuju anak-anak perlu dititi beratkan agar bila anak-anak sudah tinggalkan bangku sekolah, mereka mempunyai misi dan visi tersendiri.

Bercakap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 baru-baru ini, beliau berkata, untuk lahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan, ibu bapa mesti sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah.

“Kekerapan mengunjungi sekolah dan bertanyakan khabar mengenai kemajuan pelajaran anak-anak tentunya akan memberikan perangsang kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh selain menyemai visi mahu cemerlang,” katanya.

Mohd Shapri berkata, selain mengunjungi sekolah dan agensi pendidikan, ibu bapa juga dinasihati supaya jangan menggunakan bahasa kasar kepada anak-anak. Gunakanlah bahasa yang lembut, apa lagi dengan belaian kasih sayang.

Belaian dan bahasa yang lembut itu memungkinkan anak-anak mengenang budi dan jasa ibu bapa kepada mereka.

“Ibu bapa model kejayaan anak-anak. Ibu bapa cemerlang akan lahirkan anak yang cemerlang. Bekallah ilmu dalam dada anak-anak kerana pusaka itu tidak boleh ditukar dengan wang ringgit,” katanya.

Menurut Mohd Shapri, selain mengulangkaji pelajaran, bekalkan dalam diri anak-anak dengan ajaran al-Quran dan jangan tinggalkan sembahyang lima waktu. Sembahyang akan memberikan ketenangan kepada anak-anak dan membantu mereka belajar dengan selesa.

Seramai, lebih kurang sembilan puluh orang murid cemerlang dari tahun satu hingga tahun enam menerima anugerah cemerlagn tersebut. Pemilihan itu berdasarkan nombor satu hingga lima di dalam bilik darjah.

Turut hadir dalam majlis itu kesemua sembilan puluh orang ibu bapa, guru-guru dan kakitangabn sekolah, Guru Besar, Mohd. Rudin bin Mohammad serta Naib Yang Di Pertua PIBG, Haji Che Othman Che Amat.

14 perancangan program gemilang UPSR SKTM 2




TANAH MERAH: Empat belas program intensif telah diatur Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 (SKTM 2) bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah penghujung tahun nanti.

Guru Besar sekolah tersebut, Mohd Rudin Mohamad berkata, program tersebut meliputi ramah mesra keibubapaan murid-murid calon peperiksaan itu, kem kecemerlangan, selain kelas tambahan harian.

“Pertemuan dengan ibu bapa penting bagi merealisasikan terget tahun ini. Selain dapat mengetahui masalah ibu bapa, pertemua itu juga memberikan semangat baru kepada calon untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya pada Sinar Harian.

Katanya kelas pada hari Sabtu juga merupakan satu lagi program gemilang UPSR tahun ini. Selain kelas tambahan, kelas dalam cuti dan kelas intensif, juga antara usaha ikhlas SKTM 2 ke arah mempertingkatkan prestasi peperiksaan itu pada tahun ini.

Mohd Rudin berkata, kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini jangan menguzurkan diri menghadiri kelas tersebut.

“Apa yang pihak sekolah lakukan ini semuanya untuk kepentingan murid-murid. Oleh itu kelas tambahan dan kelas intensif mesti dihadiri dalam usaha menjadikan sekolah kita sekolah yang berjaya mencapai target,” katanya.

Selain itu, solat hajat perdana, teknik menjawab, titian kasih, rangsang jaya, rehat minda dan restu ilmu juga program iringan yang menunda kejayaan pelajar dalam peperiksaan nanti.

“Saya harap ibu bapa calon ikut sama membantu pihak sekolah dalam usaha merealisasikan impian semua,” katanya,

Kamis, 07 Mei 2009

Suasana kondiusif bantu kecemerlangan pelajar




TANAH MERAH: Alam semula yang segar dan menarik selain suasana kondiusif di sekolah juga ternyata antara elemen yang boleh membantu kecemerlangan murid dalam pelajaran.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Mohd Rudin Mohamad berkata, panorama yang menarik itu perlu dimanafaatkan murid dalam usaha meningkatkan ilmu pendidikan, selain pelajaran di dalam kelas.

Katanya, suasana kondusif itu ternyata menjadi nilai tambah kepada perkembangan pengetahuan murid. Galeri Warisan sekolah, misalnya bukan sekadar tempat menyimpan bahan lama tetapi lokasi itu sebenarnya medan murid-murid meneroka jauh tentang sejarah sesuatau perkara yang terdapat di situ.

“Banyak bahan sejarah tersimpan di situ. Mengunjungi galeri itu sebenarnya menambah ilmu pengetahuan pelajar. Kitab-kitab lama, tokoh-tokoh, salsiah raja-raja, Menteri kabinet, semuan tersimpan di situ,” katanya pada Sinar Harian.

Galeri Garapan Gemilang, juga membantu pelajar meningkatkan prestasi pelajaran. Di dalam galeri itu tersimpan kejayaan sekolah, kehebatan murid-murid dalam pendidikan, sijil, tropi dan sebagainya yang boleh menjadi benih semangat kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Kewujudan galeri bukan sia-sia. Di dalamnya terkandung seribu manafaat yang boleh membantu pelajar meningkatkan pelajaran mereka. Kejayaan pelajar lalu menjadi pemangkin semangat pelajar baru berusaha bersungguh-sunggguh,” katanya.

Mohd Rudin berkata, cogan kata, kata-kata hikmat dan falsafah, yang terdapat di tiang dan dinding sekolah juga menjadi inovasi kepada murid-murid menambah ilmu minda mereka. Petikan hadis-hadis dan Al Quran, banyak mengiringi usaha murid menjadi pelajar cemerlang.

“Saya mahu murid-murid manafaatkan apa yang tertulis itu. Laluan yang tertampal gambar-gambar Perdana Menteri, cendekiawan islam dan tokoh-tokoh ternyata menambah ilmu pengetahuan murid. Apa yang terdapat di situ semuanya untuk murid-murid. Saya mahu muris-murid menghayatai apa yang terdapat di situ,” katanya.

Justeru Mohd Rudin berharap apa yang terdapat di sekolah itu perlu dimanafaatkan seluruhnya oleh murid-muirid dalam usaha menjadikan murid pintar, hebat dan cemerlang.

“Kenapa sekolah mengadakan sudut sains dan kincir angin. Apa hebatnya kincir aning pada pertanian dan penghasilan elektrik. Saya mahu pelajar mengkajinya dan memanafaatkan info yang terdapat di situ,” katanya.