Minggu, 10 Mei 2009

selamat bersara Cikgu Mi
















Pisang emas di bawa belayar
masa sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati.


yang tertinggal hanyalah budi dan jasa. semuanya akan dibalas dengan doa yang berpanjangan. semoga sihat selalu

Jumat, 08 Mei 2009

Cakna ibubapa kemajuan pendidikan



TANAH MERAH: Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah, (PPD) memainkan perana penting dalam menjana kemajuan pendidikan anak-anak.

Pegawai Khas PPD Tanah Merah, Haji Mohd Shapri Hussin berkata, masa anak-anak di rumah lebih panjang berbanding di sekolah.

Oleh itu perana ibu bapa menetukan hala tuju anak-anak perlu dititi beratkan agar bila anak-anak sudah tinggalkan bangku sekolah, mereka mempunyai misi dan visi tersendiri.

Bercakap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 baru-baru ini, beliau berkata, untuk lahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan, ibu bapa mesti sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah.

“Kekerapan mengunjungi sekolah dan bertanyakan khabar mengenai kemajuan pelajaran anak-anak tentunya akan memberikan perangsang kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh selain menyemai visi mahu cemerlang,” katanya.

Mohd Shapri berkata, selain mengunjungi sekolah dan agensi pendidikan, ibu bapa juga dinasihati supaya jangan menggunakan bahasa kasar kepada anak-anak. Gunakanlah bahasa yang lembut, apa lagi dengan belaian kasih sayang.

Belaian dan bahasa yang lembut itu memungkinkan anak-anak mengenang budi dan jasa ibu bapa kepada mereka.

“Ibu bapa model kejayaan anak-anak. Ibu bapa cemerlang akan lahirkan anak yang cemerlang. Bekallah ilmu dalam dada anak-anak kerana pusaka itu tidak boleh ditukar dengan wang ringgit,” katanya.

Menurut Mohd Shapri, selain mengulangkaji pelajaran, bekalkan dalam diri anak-anak dengan ajaran al-Quran dan jangan tinggalkan sembahyang lima waktu. Sembahyang akan memberikan ketenangan kepada anak-anak dan membantu mereka belajar dengan selesa.

Seramai, lebih kurang sembilan puluh orang murid cemerlang dari tahun satu hingga tahun enam menerima anugerah cemerlagn tersebut. Pemilihan itu berdasarkan nombor satu hingga lima di dalam bilik darjah.

Turut hadir dalam majlis itu kesemua sembilan puluh orang ibu bapa, guru-guru dan kakitangabn sekolah, Guru Besar, Mohd. Rudin bin Mohammad serta Naib Yang Di Pertua PIBG, Haji Che Othman Che Amat.

14 perancangan program gemilang UPSR SKTM 2




TANAH MERAH: Empat belas program intensif telah diatur Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 (SKTM 2) bagi menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah penghujung tahun nanti.

Guru Besar sekolah tersebut, Mohd Rudin Mohamad berkata, program tersebut meliputi ramah mesra keibubapaan murid-murid calon peperiksaan itu, kem kecemerlangan, selain kelas tambahan harian.

“Pertemuan dengan ibu bapa penting bagi merealisasikan terget tahun ini. Selain dapat mengetahui masalah ibu bapa, pertemua itu juga memberikan semangat baru kepada calon untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya pada Sinar Harian.

Katanya kelas pada hari Sabtu juga merupakan satu lagi program gemilang UPSR tahun ini. Selain kelas tambahan, kelas dalam cuti dan kelas intensif, juga antara usaha ikhlas SKTM 2 ke arah mempertingkatkan prestasi peperiksaan itu pada tahun ini.

Mohd Rudin berkata, kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan pada tahun ini jangan menguzurkan diri menghadiri kelas tersebut.

“Apa yang pihak sekolah lakukan ini semuanya untuk kepentingan murid-murid. Oleh itu kelas tambahan dan kelas intensif mesti dihadiri dalam usaha menjadikan sekolah kita sekolah yang berjaya mencapai target,” katanya.

Selain itu, solat hajat perdana, teknik menjawab, titian kasih, rangsang jaya, rehat minda dan restu ilmu juga program iringan yang menunda kejayaan pelajar dalam peperiksaan nanti.

“Saya harap ibu bapa calon ikut sama membantu pihak sekolah dalam usaha merealisasikan impian semua,” katanya,

Kamis, 07 Mei 2009

Suasana kondiusif bantu kecemerlangan pelajar




TANAH MERAH: Alam semula yang segar dan menarik selain suasana kondiusif di sekolah juga ternyata antara elemen yang boleh membantu kecemerlangan murid dalam pelajaran.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Mohd Rudin Mohamad berkata, panorama yang menarik itu perlu dimanafaatkan murid dalam usaha meningkatkan ilmu pendidikan, selain pelajaran di dalam kelas.

Katanya, suasana kondusif itu ternyata menjadi nilai tambah kepada perkembangan pengetahuan murid. Galeri Warisan sekolah, misalnya bukan sekadar tempat menyimpan bahan lama tetapi lokasi itu sebenarnya medan murid-murid meneroka jauh tentang sejarah sesuatau perkara yang terdapat di situ.

“Banyak bahan sejarah tersimpan di situ. Mengunjungi galeri itu sebenarnya menambah ilmu pengetahuan pelajar. Kitab-kitab lama, tokoh-tokoh, salsiah raja-raja, Menteri kabinet, semuan tersimpan di situ,” katanya pada Sinar Harian.

Galeri Garapan Gemilang, juga membantu pelajar meningkatkan prestasi pelajaran. Di dalam galeri itu tersimpan kejayaan sekolah, kehebatan murid-murid dalam pendidikan, sijil, tropi dan sebagainya yang boleh menjadi benih semangat kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Kewujudan galeri bukan sia-sia. Di dalamnya terkandung seribu manafaat yang boleh membantu pelajar meningkatkan pelajaran mereka. Kejayaan pelajar lalu menjadi pemangkin semangat pelajar baru berusaha bersungguh-sunggguh,” katanya.

Mohd Rudin berkata, cogan kata, kata-kata hikmat dan falsafah, yang terdapat di tiang dan dinding sekolah juga menjadi inovasi kepada murid-murid menambah ilmu minda mereka. Petikan hadis-hadis dan Al Quran, banyak mengiringi usaha murid menjadi pelajar cemerlang.

“Saya mahu murid-murid manafaatkan apa yang tertulis itu. Laluan yang tertampal gambar-gambar Perdana Menteri, cendekiawan islam dan tokoh-tokoh ternyata menambah ilmu pengetahuan murid. Apa yang terdapat di situ semuanya untuk murid-murid. Saya mahu muris-murid menghayatai apa yang terdapat di situ,” katanya.

Justeru Mohd Rudin berharap apa yang terdapat di sekolah itu perlu dimanafaatkan seluruhnya oleh murid-muirid dalam usaha menjadikan murid pintar, hebat dan cemerlang.

“Kenapa sekolah mengadakan sudut sains dan kincir angin. Apa hebatnya kincir aning pada pertanian dan penghasilan elektrik. Saya mahu pelajar mengkajinya dan memanafaatkan info yang terdapat di situ,” katanya.