Selasa, 25 Mei 2010

SKUAD PRIHATIN SAMPAIKAN SUMBANGAN



TANAH MERAH: Penubuhan Skuad Prihatin Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 ternyata menepati matlamat selepas skuad itu memberikan sumbangan mangsa kebakaran di kampung Lorong Penunggu, Batu Hitam Dalam di sini, kelmarin.

Guru Besar, Mohd Rudin Mohamad berkata, skuad yang dianggoti guru-guru serta AJK PIBG itu menyampaikan bantuan tersebut kepada mangsa Che Zahari Md. Deris selepas rumahnya rentung dalam kebakaran.

“Kami prihatin dengan ujian yang diterima Che Zahari apa lagi dengan anaknya Siti Nor Tasmin yang juga merupakan anak murid saya. Justeru sebagai tanda simpati kami, kami berikan sedikit sumbangan. Semoga sumbangan ini meringankan beban yang terpaksa Che zahari tanggung,” katanya.

Menurutnya sebagai tanda prhatin dan cakna, pihak sekolah telah memberikan sumbangan berupa wang ringgit hasil derma kilat murid-murid serta gurtu-guru, selain pakaian seragam sekolah, pakaian harian serta buku teks.

“Saya harap Che Zahari bersama keluarga sabar dan tabah dengan ujian ini. Ada hikmah di sebalik dugaan tersebut. Kepada Siti Nor Tasmin, belajarlah bersungguh-sungguh. Jadikan ujian ini pemangkin semangat untuk berjaya cemerlang di masa hadapan,” katanya.

Mohd Rudin berkata, ujian tersebut juga menguji nilai silaturahim antara pihak sekolah dengan warga komuniti.

“Kepada murid-murid jangan bermain api dan berhati-hati dengan keadaan kemarau sekarang. Api kecil menjadi kawan, besar menjadi lawan. Jaga keselamatan diri di rumah.,” katanya.

Sementara itu Che Zahari mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah kerana prihatin dengan nasib yang menimpanya.

“Terima kasih kepada sekolah diatas sumbangan tersebut dan saya akan gunakan sumbang itu dengan sebaik mungkin,” katanya.

Sabtu, 06 Februari 2010

PERLANTIKAN PENGAWAS


Majlis berlangsung di Dataran Puteri Saadong dan dihadiri Dato' Haji Ikmal Hisham Ab. Aziz, Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah serta En. Mohd Shapri Hussin PPD Tanah Merah..