Jumat, 08 Mei 2009

Cakna ibubapa kemajuan pendidikan



TANAH MERAH: Kerjasama ibu bapa dengan pihak sekolah dan Pejabat Pelajaran Daerah, (PPD) memainkan perana penting dalam menjana kemajuan pendidikan anak-anak.

Pegawai Khas PPD Tanah Merah, Haji Mohd Shapri Hussin berkata, masa anak-anak di rumah lebih panjang berbanding di sekolah.

Oleh itu perana ibu bapa menetukan hala tuju anak-anak perlu dititi beratkan agar bila anak-anak sudah tinggalkan bangku sekolah, mereka mempunyai misi dan visi tersendiri.

Bercakap di Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah 2 baru-baru ini, beliau berkata, untuk lahirkan anak-anak yang cemerlang dalam pendidikan, ibu bapa mesti sentiasa berhubung rapat dengan pihak sekolah.

“Kekerapan mengunjungi sekolah dan bertanyakan khabar mengenai kemajuan pelajaran anak-anak tentunya akan memberikan perangsang kepada anak-anak untuk belajar bersungguh-sungguh selain menyemai visi mahu cemerlang,” katanya.

Mohd Shapri berkata, selain mengunjungi sekolah dan agensi pendidikan, ibu bapa juga dinasihati supaya jangan menggunakan bahasa kasar kepada anak-anak. Gunakanlah bahasa yang lembut, apa lagi dengan belaian kasih sayang.

Belaian dan bahasa yang lembut itu memungkinkan anak-anak mengenang budi dan jasa ibu bapa kepada mereka.

“Ibu bapa model kejayaan anak-anak. Ibu bapa cemerlang akan lahirkan anak yang cemerlang. Bekallah ilmu dalam dada anak-anak kerana pusaka itu tidak boleh ditukar dengan wang ringgit,” katanya.

Menurut Mohd Shapri, selain mengulangkaji pelajaran, bekalkan dalam diri anak-anak dengan ajaran al-Quran dan jangan tinggalkan sembahyang lima waktu. Sembahyang akan memberikan ketenangan kepada anak-anak dan membantu mereka belajar dengan selesa.

Seramai, lebih kurang sembilan puluh orang murid cemerlang dari tahun satu hingga tahun enam menerima anugerah cemerlagn tersebut. Pemilihan itu berdasarkan nombor satu hingga lima di dalam bilik darjah.

Turut hadir dalam majlis itu kesemua sembilan puluh orang ibu bapa, guru-guru dan kakitangabn sekolah, Guru Besar, Mohd. Rudin bin Mohammad serta Naib Yang Di Pertua PIBG, Haji Che Othman Che Amat.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar