Kamis, 07 Mei 2009

Suasana kondiusif bantu kecemerlangan pelajar




TANAH MERAH: Alam semula yang segar dan menarik selain suasana kondiusif di sekolah juga ternyata antara elemen yang boleh membantu kecemerlangan murid dalam pelajaran.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Mohd Rudin Mohamad berkata, panorama yang menarik itu perlu dimanafaatkan murid dalam usaha meningkatkan ilmu pendidikan, selain pelajaran di dalam kelas.

Katanya, suasana kondusif itu ternyata menjadi nilai tambah kepada perkembangan pengetahuan murid. Galeri Warisan sekolah, misalnya bukan sekadar tempat menyimpan bahan lama tetapi lokasi itu sebenarnya medan murid-murid meneroka jauh tentang sejarah sesuatau perkara yang terdapat di situ.

“Banyak bahan sejarah tersimpan di situ. Mengunjungi galeri itu sebenarnya menambah ilmu pengetahuan pelajar. Kitab-kitab lama, tokoh-tokoh, salsiah raja-raja, Menteri kabinet, semuan tersimpan di situ,” katanya pada Sinar Harian.

Galeri Garapan Gemilang, juga membantu pelajar meningkatkan prestasi pelajaran. Di dalam galeri itu tersimpan kejayaan sekolah, kehebatan murid-murid dalam pendidikan, sijil, tropi dan sebagainya yang boleh menjadi benih semangat kepada murid-murid supaya belajar bersungguh-sungguh.

“Kewujudan galeri bukan sia-sia. Di dalamnya terkandung seribu manafaat yang boleh membantu pelajar meningkatkan pelajaran mereka. Kejayaan pelajar lalu menjadi pemangkin semangat pelajar baru berusaha bersungguh-sunggguh,” katanya.

Mohd Rudin berkata, cogan kata, kata-kata hikmat dan falsafah, yang terdapat di tiang dan dinding sekolah juga menjadi inovasi kepada murid-murid menambah ilmu minda mereka. Petikan hadis-hadis dan Al Quran, banyak mengiringi usaha murid menjadi pelajar cemerlang.

“Saya mahu murid-murid manafaatkan apa yang tertulis itu. Laluan yang tertampal gambar-gambar Perdana Menteri, cendekiawan islam dan tokoh-tokoh ternyata menambah ilmu pengetahuan murid. Apa yang terdapat di situ semuanya untuk murid-murid. Saya mahu muris-murid menghayatai apa yang terdapat di situ,” katanya.

Justeru Mohd Rudin berharap apa yang terdapat di sekolah itu perlu dimanafaatkan seluruhnya oleh murid-muirid dalam usaha menjadikan murid pintar, hebat dan cemerlang.

“Kenapa sekolah mengadakan sudut sains dan kincir angin. Apa hebatnya kincir aning pada pertanian dan penghasilan elektrik. Saya mahu pelajar mengkajinya dan memanafaatkan info yang terdapat di situ,” katanya.






Tidak ada komentar:

Posting Komentar